Tuesday 1 January 2013

wish new year

Assalamualaikum...

Hai semua..hanna nak ucapkan Happy New Year to U alls semua..yang setia membaca blog hanna yang x semegah mana nei..tapi hanna tetap sayang...tak pe baru belajarkan..nanti lame-lame..cantik la blog nei...hanna akan sentiasa belajar untuk menjadi blogger yang the best..suatu hari nanti..hehehe..

okay..buat pengetahuan u alls tahun baru nei..2013..hanna dah tak bersekolah...yyaaaahhhooooo...
tapi ade sedih jugak..sebab zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dan berharga..sekarang baru hanna faham...

so...
ape azam korang utk 2013...
azam 2012 dpt d capai ke semua nye?
okay yg indah tu indah la..keep the memories okay..
yang menyedihkan tu..
doalah..harap tahun baru nei lebih baik..daripada tahun lepas..
cuba perbaiki..

okay..hanna x tau nak ckp ape lg..hope u alls happy..

HAPPY NEW YEAR...


Friday 14 December 2012

Dedikasi

Setiap detik, aku menanti satu sinar kebahagiaan..
pahit,tangisan,kepiluan sentiasa menemani dalam hati..
serasa ingin aku luahkan kesakitan yang melanda dalam diri..
andai kau mengerti perasaan ini..

Kasih
andai semalam dapat aku hentikan setiap detik yang berlalu
akan aku jadikan itu memori yang terindah
keperitan dan persoalan yang bermain di hati
telah terjawab dengan satu kesenangan dan ketenangan dalam diri

Rindu
itu adalah satu ketulusan yang lahir dalam sanubari
tiada sekelumit rasa di hati itu adalah yang palsu
malah untuk melukakan perasaan itu
tidak sama sekali terlintas di benak hati

Cinta
ia tidak kejam
manusia yang jadikan cinta itu rosak kesucian

Sayang
mudah untuk diluahkannamun sukar untuk dibuktikan
dengan penuh keikhlasan
hati yang tulus dalam mencintai
akan menghargai setiap rasa di libuk hati

Kau Pergi

Semalam....
Kau pergi..
seakan ingin ku..

Tarik tangan mu..
Gari langkah mu
Lukis senyuman mu

Agar kebahagiaan tidak lari meninggalkan aku...

Semalam...
Kau pergi..

Amat memedihkan..
Namun..
Aku harus terima hakikat...
Hidup dalam realiti...

Semalam adalah 
satu mimpi ngeri dalam hidup ku..
Tidak ku pinta untuk sebegini..
Tidak ku duga, dan
Tidak ku rancang..

Semalam...
Yang ku lalui..

Sungguh pahit dan perit untuk ku telan..
Sejarah yang menjadi titik tolak
untuk aku tempuh hidup ke arah tuju yang lebih sempurna
kupendam dan kutangiskan sendirian..

walaupun seribu bicara yang mampu di ungkap namun
dari sudut kecil hati
terpendam satu penderitaan..

Semoga..
hari ini, esok dan selamanya..
Menjanjikan seribu kemanisan..
dalam keimanan..

Walau pun ku tahu bukan senang untuk dicipta..

Tapi bagaimana caranya untuk 
ku atasi sepanjang perjalanan ini..


Monday 1 October 2012

Doa ku

Ya Allah,
Sesungguh nya waktu dhuha
itu dhuha mu...
Kecantikan nya,
kecantikan mu...
Keindahan nya,
keindahan mu...
Kekuatan nya,
kekuatan mu...
Kekuasaan nya,
kekuasaan mu...
Perlindungan nya,
perlindungan mu...

Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit,
turunkanlah...
Jika di bumi,
keluarkanlah...
Jika sukar,
permudahkan lah...
Jika haram,
sucikanlah...
Jika jauh,
dekatkan lah...

Berkat waktu dhuha,
kecantikan mu...
keindahan mu...
kekuatan mu...
kekuasaan mu...

Limpahkan lah kepada ku
segala yang engkau
telah limpahkan
kepada hamba-hamba mu
yang soleh.........

Saturday 8 September 2012

Buat Pedoman


ALANGKAH BERTUAH ANAK SULUNG....

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"

"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"

" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"

"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."

"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"

"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"

"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.


Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya  jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas.Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??

Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?

Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?

Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?


Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?


Tahukah kita...waktu kita kecil dulu ibu bapa kita sangat sayang kan kita..Banyak keistimewaan yang kita dapat.

Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??

Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

Monday 6 August 2012

misi hanna

misi hanna bulan nei...nak beli hp baru......murah jer...ok la tu syukur sangat-2 klu dapat....





galaxy y.....
doakan yer utk hanna brtukar hp raye nei.........hakhakhakhak......

nuzul quran......

3.21a.m...
malam nei malam nuzul al-quran...hanna tak khatam lagi...tahun nei hanna dilanda kemalasn untuk bertadarus al-quran...tp rajin pergi terawih...tiap2 hari pergi...tapi ndah tinggal 3 hari...hahaha... puase alhamdulillah belom tinggal lagi......harap tahun nei dapat puase penuh.....esok cuti skola....lepas raya hanna trial...doakan kejayaan hanna ok....hanna pun dah penat update blog...harap korang semua happy....salam nuzul al-quran kepada semua umat islam....
maaf jika hanna terkasar bahasa...
sesungguh nyer yang baik itu datang dari allah, yang buruk itu dari diri hanna sendiri...
wassalam.......